BORANG JPJ L8A BAHARU DIPERLUKAN BAGI TUJUAN PERMOHONAN ATAU PEMBAHARUAN LESEN VOKASIONAL.
Salah satu syarat untuk memiliki lesen vokasional GDL atau PSV ialah menjalani pemeriksaan kesihatan (medical check-up) terlebih dahulu. Permohonan pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di mana-mana hospital atau klinik kerajaan/swasta yang diiktiraf berhampiran anda.

Borang yang telah lengkap hendaklah dilampirkan bersama resit pemeriksaan kesihatan.

BORANG PEMBAHARUAN LESEN VOKASIONAL.
Borang pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dihantar di JPJ Negeri/Cawangan, UTC atau mana-mana kaunter JPJ berdekatan.

Borang yang telah lengkap hendaklah dilampirkan bersama resit pemeriksaan kesihatan dan sekeping gambar berukuran lesen dengan latar belakang putih.

BORANG PERMOHONAN ATAU PEMBAHARUAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA (OKU).
Salah satu syarat untuk memohon status OKU ialah menjalani pemeriksaan kesihatan (medical check-up) atau pengesahan doktor terlebih dahulu. Pemeriksaan atau pengesahan ini boleh dibuat di mana-mana hospital atau klinik kerajaan/swasta yang diiktiraf berhampiran anda.

Borang yang telah lengkap hendaklah dilampirkan bersama resit pemeriksaan kesihatan.